Monday 14 March 2016

NAFSU

Bismillahirahmanirahim .

Allahu , berbicara tentang NAFSU ini , aku terfikir tentang sesetengah saudara kita yang kalah dengan godaan hawa nafsu yang kuat . Kadangkala aku sendiri rebah dirobek kekuatan hawa nafsu itu . Namun , itulah dia manusia . Imannya boleh menaik , mahupun menurun dalam sekelip mata . Kau nak tahu apa yang menyebabkan iman kita turun ? Nah , jawapannya sudah terpampang jelas dan nyata , iaitu dorongan Hawa Nafsu .

Saudara dan saudari yang dirahmati Allah ,

Berdasarkan Firman Allah dalam surah Al-Jatsiyah ayat 23 (sumber : internet) yang maksudnya ,
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" .

Oleh itu , kau dan aku seharusnya tabah dalam menghadapi dorongan hawa nafsu ini , kerana jika kita rebah , dikhuatiri kita tidak akan bangkit semula dek telah hanyut dalam nafsu yang melalaikan .

Sebenarnya , nafsu ini ada yang baik dan juga buruk . Namun begitu , kebanyakan masyarakat pada era globalisasi ini lebih cenderung ke arah nafsu yang buruk , barangkali akibat godaan duniawi yang dianggap lebih menghiburkan daripada keseronokan ibadah . Aku pasti , kau akan mengatakan ' eleh , takkanlah nak ibadat 24/7 je , sekali-sekala kenalah berhibur juga ' . Betul lah apa kata kau tu , cuma kadang-kadang bila kita berhibur ni , kita tak pedulikan masa yang akan berlalu dengan pantas itu , sedar tak sedar dah masuk waktu Maghrib , tapi Asar tak solat lagi , and kau akan mulalah kata 'takpalah , I'll be more punctual next time' , but when that 'next time' has arrived , the same thing happened to you all over again (betul ke English saya tu aduh) . Lama-kelamaan perkara macam ni akan menjadi kebiasaan untuk kau , dan kau mula membiarkan perkara ini berlaku ? Betul dok ?

Bila ikutkan hawa nafsu ini , perkara tak betul pun akan kau katakan betul , and bila ada orang yang kau panggil 'ustaz separuh masa' tu tegur , kau mulalah kata 'eh mamat ni bajet alim lah , solat diri sendiri pun tak terjaga aduh' , ya , kadangkala aku sendiri tak faham ustaz/ustazah laman sosial ni , namun kau pedulikan jelah siapa diri mereka , namun apa yang cuba disampaikan itu kau ambillah pengajaran , agar tak berlakunya percanggahan pada masa yang akan datang .

Untuk kaum hawa dan 'sesetengah kau adam' , being a 'shopaholic' ataupun suka berbelanja ni memang dah lazim dalam diri kau , dan aku rasa ini merupakan salah satu bukti kau telah tunduk atas dorongan hawa nafsu kau . Contohnya , bila kau nampak 'benda' yang menarik sahaja , mulalah nafsu itu menghantui diri kau dan memaksa kau untuk membelinya . And believe it or not ? You will buy it because it seems so 'fascinating' to you . Walau bagaimanapun , nafsu kau ni akan buat kau rasa tak puas sebenarnya , dan akan memaksa kau beli lebih banyak lagi , sampai kau puas . Tapi satu perkara yang perlu kau ambil iktibar apabila kau mengikut kehendak hawa nafsu , iaitu kepuasan itu seolah-olah tidak wujud dalam diri kau , buktinya bila kau dah berbelanja beratus-ratus ringgit , kau pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira , but then tiba-tiba sahaja kau akan rasa menyesal sebab teringat satu benda yang kau rasa kau patut beli tapi kau tak beli . Kau akan rasa 'tak' puas hati dan kau akan rasa nak beli juga benda tu . Haaa , dari situ aku rasa kau dah mula nampak pengaruh nafsu ni sebagai ejen pelaksana kemungkaran diri .

Bagi kaum adam dan 'sesetengah' kaum hawa . Aku pasti kau tahu apa aku nak tulis , ya , betul lah tu , GAME . Perkara yang melibatkan permainan video ini sebenarnya semakin menular dalam masyarakat kita , khususnya golongan remaja , aku pun tak terlepas daripada bermain permainan video ini . Perkara macam ni memang bukan 'kadang-kadang' , tapi sememangnya kau akan terlepas daripada beribadat sebab rasa tak puas hati main permainan video tu . Lagi-lagi bila kau kalah , lagilah kau rasa nak main sampai menang , but in the end , kalah juga , memang dasar 'noob' lah kau ni , ( maaf gurauan semata-mata) , tetapi isu yang aku ingin kemukakan disini ialah permainan video ini memang teman sejati hawa nafsu untuk mengajak kau agar meninggalkan solat . Kalau kau main game tu tengah malam , confirm esok pagi tak bangun subuh KALAU tak ada orang kejut . Tapi kalau ADA orang kejut pun , kau bangun seketika sekadar mengelipkan mata untuk beberapa kali , and then kau mula tidur balik . Dahsyatnya nafsu kau ni , sahabat oh sahabat .

Sebab itulah aku kata nafsu ni memang kuat pengaruhnya terhadap kita . Namun sudah tentu , setiap kesakitan pasti ada penawar untuk mengubatinya , dan penawar itu ialah zikir , solat , amalan sunat dan sebagainya . Memang kau akan rasa burden nak buat semua ni , tapi percayalah , Allah akan bagi kau satu ketenangan yang kau tak akan ketemukan tanpa melakukan ibadat .

Sebelum aku mengakhiri nukilanku pada kali ini , ada satu lagi perkara yang semakin kritikal dalam kalangan masyarakat kita , dan hal ini disebabkan oleh nafsu mereka , dan inilah dia , SELFIE . Masyarakat kita ni tak lepas daripada berselfie , atas alasan untuk bersuka ria , tapi kalau kau post dekat insta atau laman sosial yang lain , kau sebenarnya mengharapkan 'likes' tu daripada khalayak ramai . Mungkin untuk kali yang pertama kau bertujuan sekadar untuk ambil gambar sahaja , tapi untuk kali yang kedua , kau selfie sebab nak perhatian dan likes orang ramai . Satu perkara yang menunjukkan pengaruh nafsu dalam selfie ni , bila kau post  gambar dekat insta , and ramai pula orang like , mestilah hawa nafsu kau akan bertambah 'ghairah' untuk berselfie , sebab rasa orang ramai suka tengok wajah kau . Tapi seperkara lagi , kalau likes tak banyak , kau pun akan tambah lagi selfie semata-mata untuk meningkatkan 'likes' itu and also followers secara tak langsung . Lebih parah lagi , kau sanggup buat statistik daripada semua gambar selfie kau tu , sama ada likes tu semakin banyak atau sebaliknya . Aduh , sudah cukup-cukup sudah , cukup sampai disini sahaja ( jangan sambung ) , sekarang kau mesti dah setuju yang nafsu kau ni teruk kan ?
Ya , dan aku harap you will change yourself , from bad to good , and from good to better , from better to the best , aja aja fighting ! Salah-salah , jihad fisabilillah !

Rakan-rakan yang dimuliakan ,

Pernah suatu ketika aku diberitahu oleh ustaz dan ustazahku mengenai nafsu ini (tak pasti kisah benar atau tak wallahualam) , bahawa nafsu ini pernah dikurung oleh Allah kerana kemungkaran yang telah dilakukannya , dan Allah akan mengeluarkannya daripada kurungan itu sekiranya dia bertaubat . Nafsu mulalah berpura-pura bertaubat ( Allah sudah tahu kepura-puraan itu kerana Dia Maha Mengetahui , sekadar ingin menguji hawa nafsu itu) , dan Allah melepaskan nafsu itu kerana taubatnya . Tetapi tidak lama kemudian , nafsu yang dikatakan sudah insaf atau bertaubat itu kembali melakukan kemungkaran dan kejahatan yang pernah dilakukannya . Nauzubillah .

Natijahnya sahabat-sahabat seperjuangan ,

Kita semua ini manusia , ciptaan Allah yang paling hebat , dan janganlah kau rebah dengan hawa nafsumu , jikalau engkau ialah manusia . Sesungguhnya nafsu yang jahat itu buruk perangainya , dan janganlah engkau terikut-ikut akan perbuatannya , kelak kau akan tergolong dalam kalangan orang yang rugi . Wallahualam .

Assalamualaikum .

Saturday 12 March 2016

PERJUANGAN

Bismillahirahmanirahim.

Manusia , itulah dia kita semua  . Hamba yang telah dilantik untuk menjadi khalifah ataupun pemimpin di muka bumi . Rasanya kau bangga tak bangga ? Mestilah , dalam kalangan hamba-hambaNya , kau telah dipilih oleh Allah sendiri untuk mentadbir alam ciptaanNya . Lantaran itu , semestinya kau perlu melakukan amal kebaikan di dunia , kerana tidak mungkin seorang khalifah dicipta semata-mata untuk melakukan kemungkaran di muka bumi . Ironinya , cuba kau renungkan untuk seketika , apakah yang telah kau dan spesis kau (termasuk aku sendiri) lakukan di muka bumi ini ? Tepuk dada tanyalah selera .

Disebabkan itu , aku berterima kasih kepada Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk menulis nukilanku pada kali ini dengan tajuk yang aku rasa penting untuk dibicarakan , iaitu mengenai sebuah PERJUANGAN . Apa yang kau faham tentang perjuangan ? Apakah perjuangan itu sebagai suatu simbolik bagi kita yang menentang sesuatu yang dianggap jahat atau tidak bermoral ? Ya , betul sahabat , itulah pengertian perjuangan , secara literalnya .

Namun bukan itu sahaja , perjuangan juga turut dilambangkan sebagai suatu cara yang kau lakukan bagi menuntut sesuatu yang kau inginkan . Contohnya , menuntut ilmu . Ya , itulah salah satu cara untuk berjuang . Berjuang demi apa ? Kejayaan ? Mestilah , takkanlah kau berusaha menuntut ilmu sekadar mengikuti kemahuan ibu bapa ? Lak lak lak .

Sudah tentu kerana engkau ingin menggapai seribu satu impian yang kau sendiri idamkan buat sekian lamanya . Namun , perkara yang kau perlu tahu dalam perjuangan menuntut ilmu ialah perjuangan ini juga dilaksanakan bagi mengenal Allah dengan lebih mendalam . Bukan sekadar itu sahaja , hal ini juga untuk menyemai sifat cinta kau pada Allah , dan membuang segala sifat MUNAFIK dalam diri .

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah ,

Ingatlah pesanan aku kepada kalian , bahawa Allah itu mengetahui segala apa yang engkau kerjakan . Tidak kiralah perkara baik mahupun perkara buruk (nauzubillah) . Kadangkala , diriku ini bagaikan tertanya-tanya mengapa manusia ini seringkali lalai dalam mengerjakan amal ibadah . Sedangkan mereka tahu dan sedar akan kebesaran ALLAH dalam hidup mereka . Teori aku ialah mereka sendiri lalai dengan hiburan duniawi yang fana' ini dan juga tidak mengambil berat akan timbangan dosa dan pahala yang akan menentukan ke manakah arah mereka 'nanti' . 

Aku pasti kita semua pernah melakukan kesilapan yang kadangkala kita anggap sukar untuk dimaafkan bagi sesiapa sekalipun . Namun , tidak bagi Allah , kerana engkau sendiri tahu bahawa Dia Tuhan Yang Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani . Oleh itu , bertaubatlah kita dengan kadar yang segera supaya kita tidak akan menyesal tak sudah nanti . Satu persoalan yang aku ingin kalian fikirkan sedalam yang mungkin ialah , tidak takutkah kalian dengan gambaran azab yang telah Allah berikan selama ini ? Apakah engkau menganggap azab itu tidak memeritkan bagimu ? Ingatlah , panas dunia itu tidak samanya dengan panas neraka . La Haula Wala Kuwwata Illa Billah .

Akhir kata , dalam nukilanku kali ini , aku sebagai hamba Allah , sama sahaja seperti kau , dan semua manusia di dalam dunia ini , menasihati kau dan aku agar segeralah bertaubat . Sesungguhnya , hari kiamat itu pasti akan menjelma , tidak terlewat mahupun tercepat kehadirannya . Berikhtiarlah untuk melakukan amal kebaikan , dan meninggalkan amalan keburukan . Sesungguhnya , orang yang bertaubat itu ialah orang yang diberkati Allah dalam apa jua amalannya , manakala orang yang rugi ialah orang yang dilaknat Allah atas kemungkaran yang telah dilakukannya . Semoga kita semua berada dalam kalangan hamba yang beruntung . Semoga perjuangan kita dalam mengenali Allah akan menjadikan kita hamba yang bersyukur dan beriman terhadap segala amalan yang diperintahkanNya . Wallahualam .

ASSALAMUALAIKUM :')

Friday 11 March 2016

HATI

Bissmillahirahmanirahim.

HATI . Kau dan aku , kita semua diciptakan hati oleh Dia , Yang Maha Mengasihani . Sedarkah engkau tentang peranan hati itu dalam kehidupan harian Ya , sudah tentu engkau tahu dan faham akan kegunaan hati . Namun apakah engkau menggunakan hati itu dengan sebaik mungkin ? Itulah persoalan yang harus engkau tanya terhadap diri engkau sendiri .

Sesunggunya , hati diciptakan olehNya tidak lain tidak bukan supaya manusia mencintai , mengasihi dan meyakini terhadap kewujudan Allah sebagai Tuhan yang Satu . Bertitik tolak dari situ , hati juga diciptakan agar manusia saling menyayangi antara satu sama lain dan agar timbulnya sifat berperikemanusiaan  dalam diri kita sendiri . Tapi itulah dia , hati ni aku ibaratkan seperti pokok . Siraman yang seringkali engkau berikan pastinya akan menjadikan pokok itu akan terus hidup subur dan akan berbakti dalam membekalkan udara (O2) , tapi andaikata kau biarkan pokok itu hidup merana , apakah kau pasti pokok itu akan terus hidup subur ? Jawapan itu sengaja aku tidak nyatakan supaya kau berfikir sendiri.

Begitu jugalah hati kau . Tanpa alunan zikir , istighfar dan sebagainya , adakah kau benar-benar pasti akan kesuburan hati itu ? Aku percaya kau akan katakan tidak , tetapi hakikat bahawa kau sendiri akan mengabaikan tanggungjawab membersihkan hati itu dengan amalan zikrullah tidak dapat dielakkan.

Ingatlah sahabat-sahabat seperjuangan , Hati itu penting . Kalau tanpa sucinya hati , aku yakin keimanan kita akan rapuh , ibarat kapal hilang nakhoda . Pernah atau tidak kau mendengar orang berkata 'apabila hatimu telah hitam' ? Hal itu bukanlah menunjukkan bahawa hati engkau itu dah bertukar daripada berwarna merah kepada hitam , namun sebenarnya untuk melambangkan kemungkaran yang telah engkau lakukan lantaran telah merosakkan hati tersebut . Jagalah hati kita sayang , kerana hati lah tunggak utama dalam meningkatkan keimanan kita .

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah ,

Akhir kalam , ingin aku ingatkan kepada kita semua dalam nukilanku ini , bahawa Allah telah berfirman dalam Surah Al-A'raf ayat 179 , 'Sesungguhnya telah kami sediakan untuk penghuni neraka itu banyak jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi mereka tidak mempergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat, menghayati tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan ayat Allah. Mereka tidak ubahnya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka orang-orang yang alpa.'

Semoga diri kita yang bakhil ini disegerakan untuk bertaubat kepada Allah dan digolongkan dalam kalangan orang yang beriman . Wallahualam . Assalamualaikum :') .