Friday, 11 March 2016

HATI

Bissmillahirahmanirahim.

HATI . Kau dan aku , kita semua diciptakan hati oleh Dia , Yang Maha Mengasihani . Sedarkah engkau tentang peranan hati itu dalam kehidupan harian Ya , sudah tentu engkau tahu dan faham akan kegunaan hati . Namun apakah engkau menggunakan hati itu dengan sebaik mungkin ? Itulah persoalan yang harus engkau tanya terhadap diri engkau sendiri .

Sesunggunya , hati diciptakan olehNya tidak lain tidak bukan supaya manusia mencintai , mengasihi dan meyakini terhadap kewujudan Allah sebagai Tuhan yang Satu . Bertitik tolak dari situ , hati juga diciptakan agar manusia saling menyayangi antara satu sama lain dan agar timbulnya sifat berperikemanusiaan  dalam diri kita sendiri . Tapi itulah dia , hati ni aku ibaratkan seperti pokok . Siraman yang seringkali engkau berikan pastinya akan menjadikan pokok itu akan terus hidup subur dan akan berbakti dalam membekalkan udara (O2) , tapi andaikata kau biarkan pokok itu hidup merana , apakah kau pasti pokok itu akan terus hidup subur ? Jawapan itu sengaja aku tidak nyatakan supaya kau berfikir sendiri.

Begitu jugalah hati kau . Tanpa alunan zikir , istighfar dan sebagainya , adakah kau benar-benar pasti akan kesuburan hati itu ? Aku percaya kau akan katakan tidak , tetapi hakikat bahawa kau sendiri akan mengabaikan tanggungjawab membersihkan hati itu dengan amalan zikrullah tidak dapat dielakkan.

Ingatlah sahabat-sahabat seperjuangan , Hati itu penting . Kalau tanpa sucinya hati , aku yakin keimanan kita akan rapuh , ibarat kapal hilang nakhoda . Pernah atau tidak kau mendengar orang berkata 'apabila hatimu telah hitam' ? Hal itu bukanlah menunjukkan bahawa hati engkau itu dah bertukar daripada berwarna merah kepada hitam , namun sebenarnya untuk melambangkan kemungkaran yang telah engkau lakukan lantaran telah merosakkan hati tersebut . Jagalah hati kita sayang , kerana hati lah tunggak utama dalam meningkatkan keimanan kita .

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah ,

Akhir kalam , ingin aku ingatkan kepada kita semua dalam nukilanku ini , bahawa Allah telah berfirman dalam Surah Al-A'raf ayat 179 , 'Sesungguhnya telah kami sediakan untuk penghuni neraka itu banyak jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi mereka tidak mempergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat, menghayati tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan ayat Allah. Mereka tidak ubahnya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka orang-orang yang alpa.'

Semoga diri kita yang bakhil ini disegerakan untuk bertaubat kepada Allah dan digolongkan dalam kalangan orang yang beriman . Wallahualam . Assalamualaikum :') .

No comments:

Post a Comment