Saturday, 12 March 2016

PERJUANGAN

Bismillahirahmanirahim.

Manusia , itulah dia kita semua  . Hamba yang telah dilantik untuk menjadi khalifah ataupun pemimpin di muka bumi . Rasanya kau bangga tak bangga ? Mestilah , dalam kalangan hamba-hambaNya , kau telah dipilih oleh Allah sendiri untuk mentadbir alam ciptaanNya . Lantaran itu , semestinya kau perlu melakukan amal kebaikan di dunia , kerana tidak mungkin seorang khalifah dicipta semata-mata untuk melakukan kemungkaran di muka bumi . Ironinya , cuba kau renungkan untuk seketika , apakah yang telah kau dan spesis kau (termasuk aku sendiri) lakukan di muka bumi ini ? Tepuk dada tanyalah selera .

Disebabkan itu , aku berterima kasih kepada Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk menulis nukilanku pada kali ini dengan tajuk yang aku rasa penting untuk dibicarakan , iaitu mengenai sebuah PERJUANGAN . Apa yang kau faham tentang perjuangan ? Apakah perjuangan itu sebagai suatu simbolik bagi kita yang menentang sesuatu yang dianggap jahat atau tidak bermoral ? Ya , betul sahabat , itulah pengertian perjuangan , secara literalnya .

Namun bukan itu sahaja , perjuangan juga turut dilambangkan sebagai suatu cara yang kau lakukan bagi menuntut sesuatu yang kau inginkan . Contohnya , menuntut ilmu . Ya , itulah salah satu cara untuk berjuang . Berjuang demi apa ? Kejayaan ? Mestilah , takkanlah kau berusaha menuntut ilmu sekadar mengikuti kemahuan ibu bapa ? Lak lak lak .

Sudah tentu kerana engkau ingin menggapai seribu satu impian yang kau sendiri idamkan buat sekian lamanya . Namun , perkara yang kau perlu tahu dalam perjuangan menuntut ilmu ialah perjuangan ini juga dilaksanakan bagi mengenal Allah dengan lebih mendalam . Bukan sekadar itu sahaja , hal ini juga untuk menyemai sifat cinta kau pada Allah , dan membuang segala sifat MUNAFIK dalam diri .

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah ,

Ingatlah pesanan aku kepada kalian , bahawa Allah itu mengetahui segala apa yang engkau kerjakan . Tidak kiralah perkara baik mahupun perkara buruk (nauzubillah) . Kadangkala , diriku ini bagaikan tertanya-tanya mengapa manusia ini seringkali lalai dalam mengerjakan amal ibadah . Sedangkan mereka tahu dan sedar akan kebesaran ALLAH dalam hidup mereka . Teori aku ialah mereka sendiri lalai dengan hiburan duniawi yang fana' ini dan juga tidak mengambil berat akan timbangan dosa dan pahala yang akan menentukan ke manakah arah mereka 'nanti' . 

Aku pasti kita semua pernah melakukan kesilapan yang kadangkala kita anggap sukar untuk dimaafkan bagi sesiapa sekalipun . Namun , tidak bagi Allah , kerana engkau sendiri tahu bahawa Dia Tuhan Yang Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani . Oleh itu , bertaubatlah kita dengan kadar yang segera supaya kita tidak akan menyesal tak sudah nanti . Satu persoalan yang aku ingin kalian fikirkan sedalam yang mungkin ialah , tidak takutkah kalian dengan gambaran azab yang telah Allah berikan selama ini ? Apakah engkau menganggap azab itu tidak memeritkan bagimu ? Ingatlah , panas dunia itu tidak samanya dengan panas neraka . La Haula Wala Kuwwata Illa Billah .

Akhir kata , dalam nukilanku kali ini , aku sebagai hamba Allah , sama sahaja seperti kau , dan semua manusia di dalam dunia ini , menasihati kau dan aku agar segeralah bertaubat . Sesungguhnya , hari kiamat itu pasti akan menjelma , tidak terlewat mahupun tercepat kehadirannya . Berikhtiarlah untuk melakukan amal kebaikan , dan meninggalkan amalan keburukan . Sesungguhnya , orang yang bertaubat itu ialah orang yang diberkati Allah dalam apa jua amalannya , manakala orang yang rugi ialah orang yang dilaknat Allah atas kemungkaran yang telah dilakukannya . Semoga kita semua berada dalam kalangan hamba yang beruntung . Semoga perjuangan kita dalam mengenali Allah akan menjadikan kita hamba yang bersyukur dan beriman terhadap segala amalan yang diperintahkanNya . Wallahualam .

ASSALAMUALAIKUM :')

No comments:

Post a Comment